Monday, May 25, 2009

Malaysia ingin iktiraf homoseks?

Apakah maksudnya kata-kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Dr Ng Yen Yen bahawa golongan homoseksual boleh menerima bantuan kerajaan sekiranya syarat dipenuhi.

Kenyatan beliau ini jelas mengelirukan dan mengganggu sensitiviti umat Islam di Malaysia. Sewajarnya beliau lebih peka dan menghormati sensitiviti masyarakat Malaysia secara amnya.

Adakah golongan yang tidak diiktiraf ini telah diiktiraf kedudukannya di Malaysia?

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas majlis penyerahan cek Program Amal 'Love and Care' bernilai RM15,000 oleh Central Market Sdn Bhd kepada Persatuan Orang Kurang Upaya Shuang Fu, Rumah Anak Yatim dan Saudara Baru Shifa serta Rumah Kebajikan Anbu Illam.

Masalah perlakuan hubungan songsang ini adalah satu penyakit yang perlu diubati dan dicegah penularannya di Malaysia.

Malaysia yang mempunyai prinsip rukun negaranya - antaranya, kepercayaan kepada Tuhan dan kesopanan dan kesusilaan.

Malahan perlakuan ini tidak diikitraf oleh Kristian dan Islam. Tahun 1975, Vatikan mengeluarkan keputusan bertajuk The Vatican Declaration on Sexual Ethics.

Isinya, antara lain, menegaskan: "It (Scripture) does attest to the fact that homosexual acts are intrinsically disordered and can in no case be approved of."

Dalam Pidato Paus Benediktus XVI pada malam Tahun Baru 2006, sekali lagi beliau menegaskan perbuatan homoseksual adalah terkutuk.

Dalam hal ini, perlu kita membetulkan sikap kita kepada perilaku Homoseksual ini. Sikap yang patut kita ambil ialah bukannya menjadikan mereka ini musuh. Tetapi kita perlu menyedarkan bahawa perbuatan mereka itu salah. Inilah sikap yang perlu kita ambil.

Saranan ini telah dinyatakan oleh Amir Syarifudin pengerusi Majlis Ulama Indonesia.

Dalam kita menangani permasalahan ini, janganlah kita mengubah norma-norma kehidupan masyarakat Malaysia.

Dalam kita memperjuangkan hak kesamarataan, janganlah sehingga ke tahap menghalalkan perkahwinan sesama jenis ini. Janganlah menyamakan negara kita sama seperti Amerika Syarikat dan beberapa negara Barat.

Akhirnya institusi kekeluargaan menjadi rosak, seterusnya meruntuhkan sistem masyarakat dan sistem insani itu sendiri.

Di dalam sebuah buku yang bertajuk Indahnya Kawin Sesama Jenis: Demokratisasi dan Perlindungan Hak-hak Kaum Homoseksual ada menyebut tentang bagaimana usaha strategi gerakan golongan ini menyuburkan perbuatan terkutuk ini dalam masyarakat Indonesia dan tidak mustahil gerakan ini menular ke Malaysia.

Buku ini adalah kumpulan artikel di dalam Jurnal Justisia Fakulti Syariah Institut Agama Islam Nasional Semarang edisi 25, Tahun 11, 2004.

Strateginya:

1. Menggembleng tenaga kaum homoseksual untuk bersatu dan berjuang mendapat kembali hak-haknya yang telah dirampas oleh negara.

2. Memberi pemahaman kepada masyarakat bahawa apa yang terjadi pada golongan homoseksual adalah sesuatu yang normal dan menurut fitrah semula jadi; sehingga masyarakat tidak memisahkan darinya, malah sebaliknya masyarakat ikut terlibat mendukung setiap gerakan kaum homoseksual dalam menuntut hak-haknya.

3. Mengkritik dan menulis semula tafsir dalam agama (tafsir kisah Luth dan konsep pernikahan) yang tidak memihak kepada kaum homoseksual.

4. Mencadangkan pindaan Undang-undang Perkahwinan No 1/1974 yang mendefinisikan perkahwinan mestilah di antara lelaki dan wanita." (hal. 15)

Secara peribadinya saya berasa gusar apabila Dr Ng menyebut:

"Kecenderungan seksual seseorang bukan menjadi faktor untuk menerima bantuan daripada kementerian. Kementerian juga melihat mereka sama seperti individu lain.

"Justeru, jika mereka menghadapi sebarang masalah dari aspek kewangan iaitu mempunyai pendapatan kurang RM700 sebulan dan menepati kriteria lain, bantuan akan diberi"

Sekali lagi saya ingin mempersoalkan di sini - adakah golongan ini diiktiraf di Malaysia?

Mengapa mereka seolah-olah layak mendapat bantuan seperti sebuah keluarga miskin? Atas kriteria apa yang digunakan sekiranya ia dibenarkan?

"Dan (Kami juga telah mengutus) Luth (kepada kaumnya). (Ingatlah) tatkala dia berkata kepada kaumnya: 'Mengapa kamu mengerjakan perbuatan keji itu, yang belum pernah dikerjakan oleh seorang pun sebelum kamu. Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki untuk melepaskan syahwat, bukan kepada wanita; malah kamu ini kaum yang melampaui batas'.

"Jawab kaumnya tidak lain hanya mengatakan: 'Usirlah mereka dari kotamu ini, sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang berpura-pura mensucikan diri".

"Kemudian Kami selamatkan dia dan pengikut-pengikutnya kecuali isterinya; dia termasuk orang-orang yang tertinggal (dibinasakan). Dan Kami turunkan kepada mereka hujan (batu); maka perhatikanlah bagaimana kesudahan orang-orang yang berdosa itu." (Al-A'raf: 80-84).

Homoseksual bukan fitrah tetapi barah dan penyakit. Sesungguhnya manusia tidak mampu membuat penafsiran sendiri terhadap hukum alam.

Manusia tidak dapat lari daripda fitrah rasa bertuhan. Tepuk dada tanyalah hati kecil anda. Adakah anda benar di landasan fitrah.

Pasukan Anti-Malingsia

Maksud Malingsia ni sebenarnya gabungan perkataan Maling(pencuri) dan Asia. Pasukan ini ditubuhkan pada thun 2007. Pertubuhan ini ditubuhkan disebabkan rakyat Indonesia merasakan bahawa Malaysia telah mencuri banyak budaya mereka seperti anglung, lagu rasa syang-syang he. Selain menggelarkan Malaysia sebagai Malingsia, mereka juga menggunakan istilah Malingsial(Pencuri Sial), Malasya(Malaysia Pemalas), Maling Asia, dan Malon.

Penggunaan berbagai gelaran ini memperlihatkan sikap rakyat Indonesia yang masih tidak banyak berubah semenjak operasi 'ganyang Malaysia' yang dilancarkan pada sekitar tahun 1963, iaitu apabila Malaysia ditubuhkan.

Sungguhpun begitu, kerajaan Malaysia masih mengamalkan pendekatan diplomatik dengan mengadakan perbincangan sebagai menyelesaikan pergeseran ini. Antara lain, tiada ulasan dilakukan dalam berita utama. Rancangan berbentuk muhibah digalakkan seperti Titian Muhibah, Seputar di Kota Jakarta dan lain-lain.

Pihak kerajaan Malaysia turut meletakkan syarat yang ketat bagi memastikan tidak berlaku penindasan kepada pembantu rakyat asing (PRA). Syarat-syarat ini dikenakan kepada kesemua majikan dan tindakan boleh diambil, termasuk menyenarai hitam nama mereka sekiranya melanggar syarat-syarat tersebut. Antaranya adalah:-

- Majikan bukan Islam yang menggaji PRA yang beragama Islam mestilah menghormati sensitiviti agama PRA dengan membenarkan PRA melakukan ibadah seperti sembahyang 5 waktu, puasa bulan Ramadhan dan tidak disuruh melakukan kerja-kerja rumah yang bertentangan dengan agama Islam.

Para pembantu rakyat asing juga perlu hadir sendiri setiap tahun untuk memperbaharui pas pekerjaan masing-masing di kedutaan asing-masing, dengan itu membolehkan mereka melaporkan sebarang salah laku majikan sendiri.

Namun tindakan diplomatik Malaysia masih tidak mampu untuk mengubah persepsi buruk rakyat Indonesia terhadap Malaysia.


LINKPEDIA

Forum Perbahasan diantara rakyat Malaysia dan Indonesia

I Hate Malay

Indon Celaka

Malingsia

Rasa Sayange

Indonesia Gitu Lorh

Indon Babi

Bantah Pertubuhan IFC!!!

Mufti Perak, Datuk Harussani Zakaria bangkit dalam isu ini dengan membuat kenyataan akhbar bahawa umat Islam wajib mengisytihar perang terhadap pertubuhan IFC itu dan minta 50 ahli politik Islam yang telah menurunkan tanda tangan sebagai menyokong penubuhan IFC itu bertaubat kepada Allah swt kerana dibimbangi aqidah mereka sudah terbatal.


Datuk Harussani juga minta kepada semua penceramah, semua ustaz-ustaz yang mengajar kuliah-kuliah dan semua khatib-khatib, supaya jangan lupa cakap benda ni dalam kuliah-kuliah dan di atas mimbar-mimbar Jumaat bahawa pertubuhan IFC ini adalah musuh Islam di Malaysia.


IFC telah menghantar memorandum untuk meminta 15 perkara
berhubung dengan Islam supaya dimasukkan dalam perlembagaan Malaysia.


Antaranya:
1) Setiap anak yang baru dilahirkan di Malaysia jangan dikaitkan dengan mana-mana agama sehinggalah anak itu berusia 18 tahun.

Ini bermakna anak-anak kita langsung tidak boleh dibesarkan dengan ajaran Islam sehingglah dia berusia 18 tahun.
Apabila anak kita telah berusia 18 tahun, barulah kita boleh bertanyakan agama apakah yang anak kita hendak ikuti.

2) Di dalam dokumen pengenalan(IC) "Mykad" dan "passport" dihapuskan kolum identiti agama.

Maknanya, tiada perkataan "Islam" atau mana-mana agama dicatitkan di dalam IC.


3) Mana-mana orang bukan Islam yang hendak berkahwin dengan orang Islam, dia tidak perlu memeluk agama Islam.

Jika orang bukan Islam itu tidak menukar agamanya, ini bermakna perkahwinan itu tidak sah bagi agama Islam. Ini bermakna, akan berlakunya perzinaan.


4) Mana-mana orang Islam yang hendak kahwin dengan orang bukan Islam, dia mesti menukar agamanya ke agama lain.

Ini akan menyebabkan lebih ramai umat Islam yang akan murtad

5) Sebagaimana kerajaan Malaysia menyalurkan dana kepada masjid-masjid, begitu juga kerajaan Malaysia mesti menyalurkan dana kepada semua rumah ibadat orang bukan Islam .


6) Peraturan sekolah yang mengizinkan anak orang Islam menutup aurat hendaklah dimansuhkan, kerana ia menghina agama bukan Islam.

Ini akan menyebabkan peratusan umat Islam yang menutup aurat berkurangan. Anak-anak perempuan kita pasti tidak mahu memakai tudung kerana telah diajar untuk berbuat demikian ketika ke sekolah.

7) Hapuskan mahkamah syariah kerana ia juga menghina agama-agama lain. Segala urusan yang selama ini diuruskan oleh mahkamah syariah akan diuruskan oleh mahkamah awam.

Ini bermakna, segala urusan pembahagian harta pusaka, perceraian dan penukaran agama(murtad) akan diuruskan oleh hakim bukan Islam.
Ini akan menyebabkan proses keluar dari agama Islam menjadi lebih mudah.
Perkahwinan juga akan dibuat secara berdaftar, bukan dengan akad nikah.

9) Mana-mana orang bukan Islam yang hendak memeluk agama Islam, semua hartanya hendaklah dikembalikan kepada warisnya yang
masih beragama asal.

Ini akan menyebabkan peratusan orang bukan Islam yang memeluk agama Islam berkurangan.

10) Mana-mana pasangan yang bukan Islam, apabila mereka memeluk Islam, maka hak penjagaan anak akan diberikan kepada waris yang masih beragama asal.

Ini bermakna, anak pasangan tersebut tidak akan dididik berasaskan ajaran Islam.


11) Sebagaimana program-​​program di radio dan televisyen yang menerangkan tentang ajaran Islam, program-program yang menerangkan tentang ajaran agama lain juga perlu diberi ruang untuk disiarkan.

12) Sepertimana al-Quran, kerajaan Malaysia turut perlu mencetak bible dalam bahasa
Melayu untuk diedarkan di seluruh negara.


13) Menyahkan agama Islam daripada menjadi agama rasmi Malaysia.

LINKPEDIA

Bantah IFC